gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

SERAMAI 34 WARGA KAMPUNG SUNGAI BESAR SERTA AJK TAKMIR MASJID SUNGAI BESAR MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

Bandar Seri Begawan, isnin, 22 Disember 2025 – seramai 34 orang perserta warga kampung Sungai Besar dan AJK Takmir Masjid mengikuti taklimat keselamatan kebakaran diadakan di Masjid Kampung Sungai Besar.

Matlamat taklimat ini untuk para perserta bagi menghadapi persediaan dan lebih peka menghadapi apa-apa insiden kecemasan terutama sekali kebakaran.

Para perserta diberi pengalaman dan fahaman tentang bahaya kebakaran serta mengunakan alat pemadam api dengan cara yang betul.

Hadir dan turut serta dalam taklimat, Ahil Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Awang Haji Daud Bin Jihan, Ketua Kampung Sungai Besar Yang Mulia Leftenan Kolonel (B) Awang Haji Zaini Bin Damit dan Imam Masjid Sungai Besar.