SINGAPORE INTERNATIONAL DISASTER AND EMERGENCY MANAGEMENT EXPO - ASIAN CONFERENCE DISASTER REDUCTION (SIDEX-ACDR) 2026
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 27 Oktober 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menghantar wakil bagi menghadiri Singapore-International Disaster & Emergency Management Expo- Asian Conference on disaster Reduction (SIDEX-ACDR) 2026 yang berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober 2026 di Singapura.
Dalam hubungan ini, dua (02) pegawai kanan mewakili JBP untuk menghadiri program tersebut, mereka ialah Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Awang Shahrin bin Haji Mohd Jawie dan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’ Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Dayang Ema Azeema binti Haji Abdul Kader Jailani.