Permohonan Sijil Produk Keselamatan Kebakaran
Sijil Produk Keselamatan Kebakaran diberikan kepada produk atau peralatan yang telah melalui proses penilaian dan disahkan setelah memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan oleh jabatan. Ini termasuk peralatan penyelamatan dan komponen keselamatan lain.
Perkhidmatan ini memastikan hanya produk yang selamat dan berkualiti digunakan di pasaran bagi melindungi pengguna dan premis. Permohon boleh dibuat oleh syarikat pembekal, pengimport atau pengilang.