PANGGILAN KECEMASAN SEMASA HUJAN LEBAT BERTERUSAN PADA 8 JANUARI HINGGA 9 JANUARI 2026
Bandar Seri Begawan, 10 Januari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima peningkatan panggilan kecemasan susulan hujan lebat berterusan yang melanda beberapa kawasan di seluruh negara pada 8 dan 9 Januari 2026.
Pada 8 Januari 2026, JBP telah merekodkan sebanyak 21 panggilan kecemasan, melibatkan:
Tanah susur: 10 panggilan
Pokok tumbang: 11 panggilan
Manakala pada 9 Januari 2026, jumlah panggilan kecemasan meningkat kepada 55 panggilan, yang terdiri daripada:
Tanah susur: 28 panggilan
Pokok tumbang: 20 panggilan
Menimba air: 7 panggilan
Kesemua panggilan telah ditangani oleh anggota JBP dari balai-balai bomba terdekat dengan kerjasama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan orang awam serta mengurangkan risiko bahaya di kawasan terjejas.
Pemantauan berterusan turut dilaksanakan terutama di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.
Sehubungan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mengelakkan kawasan cerun, lereng bukit dan pokok besar semasa hujan lebat, serta memastikan sistem perparitan di kawasan kediaman berada dalam keadaan baik. Orang awam juga disarankan untuk melaporkan sebarang kejadian berbahaya dengan segera melalui talian kecemasan 995.
Jabatan Bomba dan Penyelamat secara lazimnya akan terus melaksanakan pemantauan paras air secara berterusan serta menilai tahap risiko di kawasan-kawasan terjejas dari semasa ke semasa.