Bandar Seri Begawan, Selasa, 30 September 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menyertai Pameran Brunei Darussalam Maritime Week 2025 selama empat hari bermula 30 September hingga 3 Oktober 2025 bertempat di Bridex International Conference Centre, Jerudong.
Bahagian Penyelam (Unit Diver) JBP yang diketuai oleh Penguasa Bomba Mushidee bin Junaidi, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘D’, telah mempamerkan peralatan serta memberikan penerangan mengenai tatacara penggunaan perkakas yang digunakan semasa operasi kecemasan di laut, khususnya dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa lemas.
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi turut hadir melawat booth JBP.