LAMUNIN, Khamis, 12 November 2026 – Balai Bomba Lamunin telah menerima kunjungan daripada Sekolah Rendah Lamunin sempena lawatan sambil belajar yang melibatkan seramai 94 orang peserta, terdiri daripada murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan.
Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh anggota Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘E’ bersama keanggotaan Balai Bomba Lamunin.
Sepanjang lawatan tersebut, para rombongan telah diberikan taklimat ringkas mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab anggota bomba. Taklimat turut disusuli dengan sesi soal jawab bagi memberi peluang kepada para murid untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bomba dan penyelamat.
Selain itu, para peserta turut berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai perkakas menyelamat serta sistem keselamatan kebakaran, termasuk fungsi dan penggunaannya dalam menjalankan tugas dan operasi.
Lawatan diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada pihak Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘E’, sebelum diteruskan dengan sesi bergambar ramai.
Lawatan seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para murid mengenai tugas serta peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat, di samping memupuk kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan pencegahan kebakaran sejak usia muda.