TEMBURONG, Khamis, 19 November 2026 ā Balai Bomba Rataie telah menerima kunjungan daripada Sekolah Ugama Bokok Temburong sempena lawatan sambil belajar yang melibatkan seramai 68 orang peserta, terdiri daripada murid-murid dan guru-guru sekolah berkenaan.
Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Stesen Komander Balai Bomba Rataie bersama anggota Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi āGā, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
Sepanjang lawatan tersebut, para rombongan telah diberikan taklimat mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab JBP dalam melindungi nyawa dan harta benda, khususnya dalam aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran serta kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.
Selain itu, para peserta turut berpeluang menyaksikan demonstrasi serta mengenali dengan lebih dekat pelbagai peralatan dan perkakas kebombaan dan penyelamatan, termasuk fungsi serta kaedah penggunaannya oleh anggota bomba semasa menjalankan operasi menyelamat.
Lawatan seumpama ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada para peserta, malah turut meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan kebakaran. Pendedahan sejak usia muda diharapkan dapat memupuk sikap bertanggungjawab serta menerapkan amalan sentiasa berwaspada dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.