RIMBA, Isnin, 16 November 2026 ā Seramai 18 orang peserta daripada Smart Hub Day Care, UBD Corp. dan Syarikat Perniagaan Malar Setia Sdn. Bhd. telah mengikuti Kursus Fire Marshal selama tiga hari, bermula 16 hingga 18 November 2026, bertempat di Balai Bomba Rimba. Kursus tersebut dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi āCā, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam aspek pencegahan kebakaran, pengendalian situasi kecemasan, penggunaan alat pemadam api serta pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal bagi memastikan keselamatan di tempat kerja sentiasa terpelihara.
Sepanjang kursus, para peserta diberikan pendedahan dan latihan bagi meningkatkan keupayaan dalam mengenal pasti risiko kebakaran, mengambil tindakan awal dengan pantas dan tepat serta menyelaraskan langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Kesiapsiagaan serta tindakan yang teratur dan berkesan amat penting bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa serta meminimumkan kerosakan harta benda sekiranya berlaku insiden kebakaran.
Melalui penganjuran kursus seumpama ini, JBP berharap agar para peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Fire Marshal, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih selamat.