RIMBA, Khamis, 5 November 2026 ā Balai Bomba Rimba telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Rendah Beribi Telanai Kluster 4 yang disertai seramai 48 orang murid dan guru. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Stesen Komander Balai Bomba Rimba bersama Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi āCā. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat, khususnya dalam aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran serta tindakan menyelamat semasa kecemasan.
Sepanjang lawatan, para murid dan guru turut diberikan penerangan serta berpeluang melihat dengan lebih dekat jentera bomba, pelbagai peralatan dan perkakas menyelamat yang digunakan oleh anggota bomba. Diharapkan lawatan seumpama ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para murid mengenai kepentingan keselamatan kebakaran serta memupuk sikap berwaspada dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.