gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG BARU SERIA

SERIA, Khamis, 28 Mei 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Kebakaran Rumah beralamat di Kampung Baru Seria. Seramai lapan (8) orang anggota dan dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Seria diketuai oleh Pemangku Pegawai Balai Md Zulkifli bin Mohd Tahir telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api besar membakar keseluruhan sebuah rumah dua (2) tingkat, yang berdindingkan kayu dan beratap zink. Ahli Bomba bertindak memadam menggunakan 3 jet hos 68mm ke 34mm dengan menggunakan control dividing. Air diperolehi daripada jentera bomba dan api dapat di kawal dalam masa 45 minit.

Punca api dan kerugian masih dalam penyiasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa berlaku semasa kejadian.