gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English
BOLKIAH GARRISON, Jumaat, 13 November 2026 – Majlis Penutup Strength and Conditioning Coaching Course bagi Tahun 2026 telah berlangsung di Pusat Optima Kecergasan Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Bolkiah Garrison. Kursus yang berlangsung selama sebulan, bermula pada 14 Oktober hingga 13 November 2026, telah disertai oleh dua (2) orang anggota daripada Unit Latihan Jasmani, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
Dalam kursus berkenaan, Ahli Bomba Kelas Satu 977 Petrus bin Jumat telah berjaya meraih anugerah “Most Outstanding Participant Award” sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian dan prestasi cemerlang beliau sepanjang mengikuti kursus tersebut. Manakala, Ahli Bomba Kelas Satu 1013 Mohd Saffuan bin Madzlan turut berjaya menamatkan kursus berkenaan dengan jayanya.
Penyampaian sijil dan anugerah telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Kolonel (U) Peter bin Ulat/Yulat, Pengarah Pusat Optima Kecergasan Tentera, Kementerian Pertahanan, ABDB. Jabatan Bomba dan Penyelamat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua anggota atas kejayaan tersebut dan berharap agar ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh tahap kecergasan fizikal, kompetensi dan kesiapsiagaan anggota JBP dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.