SEKOLAH RENDAH SUNGAI LIANG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN
SUNGAI LIANG, Khamis, 5 November 2026 – Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘B’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi warga Sekolah Rendah Sungai Liang. Program tersebut telah dihadiri oleh seramai 180 orang murid serta 20 orang guru dan kakitangan sekolah.
Selain taklimat secara teori, para peserta turut diberikan demonstrasi dan tunjuk ajar mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api dan selimut api (fire blanket) dengan betul dan selamat. Melalui program ini, warga sekolah diharapkan akan lebih peka terhadap aspek keselamatan kebakaran, di samping memupuk rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahannya.