gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

WARGA JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK KUALA BELAIT DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

KUALA BELAIT, Rabu, 4 November 2026 – Seramai 23 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Elektrik Kuala Belait telah mengikuti Kursus Fire Marshal selama tiga hari, bermula 2 hingga 4 November 2026. Kursus tersebut dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘B’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), bertempat di premis jabatan berkenaan dan Balai Bomba Kuala Belait.

Sepanjang kursus, para peserta diberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai aspek keselamatan kebakaran, termasuk sebab dan punca berlakunya kebakaran, tindakan awal semasa menghadapi insiden kebakaran, pelaksanaan latihan pengosongan bangunan, tatacara menyelamatkan diri sekiranya terperangkap di dalam bangunan serta penggunaan alat pemadam api dan selimut api (fire blanket) dengan betul dan selamat. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Fire Marshal, khususnya bagi membantu memastikan proses pengosongan bangunan dapat dilaksanakan dengan teratur dan selamat semasa kecemasan.