gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PASUKAN SEPAK TAKRAW JBP RAIH JOHAN LIGA AMATUR, NAIB JOHAN DAN TEMPAT KETIGA BERSAMA LIGA PERDANA SEMPENA KEJOHANAN LIGA SUPER TAIB EDISI KE-4 TAHUN 2026

BERAKAS, Ahad, 1 November 2026 – Pasukan Sepak Takraw Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah mencatatkan pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Liga Super TAIB Edisi Ke-4 Tahun 2026 yang berlangsung di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah, Berakas.

Dalam kejohanan tersebut, Pasukan Bomba berjaya muncul sebagai Johan Liga Amatur setelah menewaskan pasukan Sengkurong ‘A’ dengan keputusan 2–1 dalam perlawanan akhir.

Sementara itu, Regu Bomba ‘A’ berjaya meraih Naib Johan Liga Perdana selepas tewas 0–2 kepada pasukan Muara Spurs ‘B’ dalam perlawanan akhir. Manakala Regu Bomba ‘B’ turut mencatatkan pencapaian membanggakan apabila meraih Tempat Ketiga Bersama dengan pasukan MS PPDB setelah tewas kepada Regu Bomba ‘A’ di peringkat separuh akhir.

Selain kejayaan dalam kategori berpasukan, tiga pemain JBP turut menerima pengiktirafan menerusi anugerah individu atas prestasi cemerlang yang ditampilkan sepanjang kejohanan, seperti berikut:

1. Pemain Tekong Terbaik Liga Amatur: AB 1535 Aminur@Isa bin Amir – Balai Bomba Lambak, Cawangan Operasi ‘C’.

2. Pemain Feeder Terbaik Liga Amatur: AB 1480 Mohammad Norirfan bin Abdullah Nordani – Balai Bomba Jerudong 1, Cawangan Operasi ‘F’.

3. Pemain Feeder Terbaik Liga Perdana: ABKD 1075 Abdul Hadi Ariffin bin Matali – Balai Bomba Bandar Seri Begawan, Cawangan Operasi ‘A’.