TAKLIMAT KECERDASAN BUATAN (ARTIFICIAL INTELLIGENCE – AI) BAGI WARGA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
BERAKAS, Khamis, 5 November 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah mengadakan Taklimat Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) bertempat di Mess Pegawai, Ibu Pejabat JBP. Taklimat tersebut disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Sarinah binti Zizumiza dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei.
Hadir mengikuti taklimat ialah Pemangku Pengarah JBP serta pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan JBP. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan pemahaman warga jabatan mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk potensi penggunaannya dalam menyokong pelaksanaan tugas harian serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Penganjuran taklimat ini mencerminkan komitmen JBP dalam mendukung perkembangan teknologi digital serta menggalakkan warga jabatan untuk terus mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan keperluan semasa.