gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH RENDAH DATO MARSAL KLUSTER 3 KE BALAI BOMBA JERUDONG

JERUDONG, Selasa, 3 November 2026 – Balai Bomba Jerudong telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Rendah Dato Marsal Kluster 3 yang disertai seramai 51 orang murid dan guru. Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Stesen Komander Balai Bomba Jerudong bersama Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘F’. Sepanjang lawatan, para peserta diberikan taklimat ringkas mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam menangani insiden kebakaran serta operasi menyelamat.

Selain itu, para murid dan guru turut berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai perkakas dan peralatan menyelamat serta merasai pengalaman menaiki jentera bomba. Diharapkan lawatan seumpama ini dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para murid mengenai kepentingan keselamatan kebakaran serta memupuk minat dan penghargaan terhadap tugas serta pengorbanan anggota bomba.