gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH RENDAH RIMBA III KE BALAI BOMBA RIMBA

RIMBA, Rabu, 28 Oktober 2026 – Balai Bomba Rimba telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Rendah Rimba III yang disertai seramai 30 orang murid dan guru sekolah berkenaan. Ketibaan rombongan telah disambut oleh Stesen Komander Balai Bomba Rimba bersama Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ā€˜C’. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat, khususnya dalam aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran serta operasi menyelamat semasa kecemasan.

Sepanjang lawatan, para murid dan guru diberikan penerangan serta berpeluang melihat dengan lebih dekat jentera bomba, peralatan dan perkakas menyelamat yang digunakan oleh anggota bomba dalam menjalankan tugas. Diharapkan lawatan seumpama ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran para murid mengenai kepentingan keselamatan kebakaran, di samping memupuk sikap berwaspada serta kesedaran untuk mengutamakan keselamatan diri dan orang sekeliling.