TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DI PUSAT KESIHATAN DAERAH TUTONG
TUTONG, Jumaat, 30 Oktober 2026 – Seramai 97 orang pegawai dan kakitangan Pusat Kesihatan Daerah Tutong telah menghadiri Taklimat Keselamatan Kebakaran yang diadakan di premis berkenaan. Taklimat tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran, tindakan awal semasa kecemasan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan kebakaran di tempat kerja.
Program berkenaan turut disusuli dengan demonstrasi praktikal penggunaan alat pemadam api secara betul, selamat dan berkesan. Melalui program ini, para peserta diharap akan lebih memahami, berkeyakinan dan bersedia untuk bertindak dengan pantas serta teratur sekiranya berlaku kecemasan kebakaran. Sesungguhnya, keselamatan kebakaran merupakan tanggungjawab bersama dan perlu dijadikan amalan serta budaya pada setiap masa.