MAJLIS PENANDATANGANAN CERTIFICATE OF DELIVERY (COD) JENTERA LIGHT FIRE ATTACK VEHICLE (LFAV)
BERAKAS, 22 Oktober 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Majlis Penandatanganan Certificate of Delivery (COD) bagi jentera Light Fire Attack Vehicle (LFAV) bertempat di Mess Pegawai, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Awang Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat. Turut hadir mewakili Brunei Engineering Logistics and Training Services Sendirian Berhad (BELTS) ialah Awang Fadhlan bin Julaihi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BELTS, bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan dan jemputan yang berkaitan.
Majlis penandatanganan dokumen Certificate of Delivery (COD) telah dilaksanakan oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BELTS diikuti dengan pertukaran dokumen rasmi.
Penandatanganan COD merupakan sebahagian daripada proses penyerahan jentera berdasarkan peruntukan kontrak yang dimeterai antara kedua-dua pihak.
Majlis diteruskan dengan penyerahan replika kunci (Mock Key) jentera LFAV secara simbolik oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, kepada Penolong Pengarah Operasi Yang Mulia Awang Haji Nohi Irwan Sukarki bin Haji Pawi.
Turut hadir dimajlis tersebut ialah pegawai-pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pegawai dari BELTS.