gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SERTAI SENIOR EXECUTIVE PROGRAMME IN DISASTER MANAGEMENT (SEPDM) 2026 DI SINGAPURA

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 Oktober 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menyertai Senior Executive Programme in Disaster Management (SEPDM) 2026 pada 26 hingga 30 Oktober 2026 di Singapura.

Program SEPDM merupakan program utama ASEAN dalam pembangunan keupayaan bagi pemimpin kanan pengurusan bencana di ASEAN serta rakan strategik kepada SCDF.

Dalam hubungan ini, dua (02) pegawai kanan mewakili JBP untuk menghadiri program tersebut, mereka ialah Pemangku Penolong Pengarah Teknikal, Noor Aflan bin Awang Kachi dan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘F’ Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Muhd Shahreeni bin Haji Yussof.