gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PEKERJA SYARIKAT MASHHOR GENERAL CONTRACTOR SDN BHD DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

KUALA BELAIT, Rabu, 14 Oktober 2026 – Seramai 23 orang pekerja Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd telah mengikuti Kursus Fire Marshal selama tiga hari, bermula pada 12 hingga 14 Oktober 2026. Kursus tersebut dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi B, Jabatan Bomba dan Penyelamat, bertempat di premis syarikat berkenaan dan Balai Bomba Kuala Belait.

Sepanjang kursus, para peserta diberikan pendedahan secara teori dan praktikal mengenai keselamatan kebakaran, merangkumi:

✅ Sebab dan punca berlakunya kebakaran.
✅ Tindakan yang perlu diambil semasa menghadapi insiden kebakaran serta pelaksanaan latihan pengosongan bangunan.
✅ Tatacara menyelamatkan diri sekiranya terperangkap di dalam bangunan.
✅ Tatacara penggunaan alat pemadam api dan selimut api dengan betul.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Fire Marshal, khususnya bagi membantu memastikan pengosongan bangunan berjalan dengan teratur dan selamat semasa kecemasan.