PRINT PLUS SDN. BHD. DAN SYARIKAT PERNIAGAAN MALAR SETIA DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL
Bandar Seri Begawan, Isnin, 19 Oktober 2026 – Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan daripada Print Plus Sdn. Bhd. dan Syarikat Perniagaan Malar Setia telah mengikuti Kursus Fire Marshal selama tiga hari, bermula 19 hingga 21 Oktober 2026 di Balai Bomba Rimba. Kursus ini dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘C’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pencegahan kebakaran, tindakan kecemasan, penggunaan alat pemadam api serta tanggungjawab Fire Marshal di tempat kerja.
Melalui kursus ini, peserta diharap dapat memperkukuh kesiapsiagaan, meningkatkan tahap keselamatan kebakaran dan bertindak dengan pantas serta teratur ketika kecemasan bagi melindungi nyawa dan harta benda.
Keselamatan kebakaran bermula dengan ilmu, kesiapsiagaan dan tindakan yang betul.
Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’, Jabatan Bomba Penyelamat, SFR Ajahrin bin Mail.