MENGHADIRI PANGGILAN GANGGUAN BINATANG LIAR
Bandar Seri Begawan, Khamis, 24 September 2026 Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui talian kecemasan 995 telah menerima panggilan kecemasan yang melibatkan insiden gangguan binatang liar iaitu seekor buaya berada di Kampung Perpindahan Mentiri. Seramai empat (4) orang anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba Mentiri yang diketuai oleh Ahli Bomba Kanan 666 Md Faizal Bin Haji Abu Bakar telah dikerahkan ke tempat kejadian.
Setibanya di tempat kejadian didapati seekor buaya di dalam kolam udang, anggota bomba bertindak menangkap buaya berkenaan dengan menggunakan snare catcher dan tali. Buaya tersebut berjaya di tangkap dan kemudian diikat menggunakan tali.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan orang awam agar :
✅ Memastikan persekitaran kawasan dalam keadaan bersih dan teratur (housekeping)
✅ Memastikan keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan agar lebih berhati-hati terutama yang tinggal berdekatan dengan sungai atau tempat tinggal habitat binatang berkenaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.