KURSUS FIRE MARSHAL BAGI PEKERJA SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA
Bandar Seri Begawan, 26 September 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Bahagian Komunikasi Korporaat, Ibu Pejabat telah mengadakan Kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 22 sehingga 24 September 2026.
Seramai 37 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada Muara Maritime Services Sdn Bhd, SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd dan Borneo Genomics Innovation Sdn Bhd Brunei (BGIB).
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai pencegahan kebakaran, peranan dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal di tempat kerja.
Antara modul yang disampaikan termasuk pengenalan kepada punca kebakaran, prosedur bertindak semasa kecemasan, latihan penggunakan alat pemadam api mudah alih, dan latihan pengosongan bangunan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa komited dalam meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran di kalangan sektor awam dan swasta melalui program latihan yang berterusan.