gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN KEBAKARAN DI SERIA

​SERIA, Jumaat, 18 September 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan kebakaran di Seria pada tengah malam tadi.

​Seramai tujuh (7) orang anggota bersama dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Seria yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Balai Rosli bin Sabli telah dikejarkan ke tempat kejadian.

​Apabila sampai di tempat kejadian, didapati kemalangan tersebut melibatkan dua (2) buah kenderaan di atas jalan raya dan salah sebuah kereta telah didapati terbakar serta melibatkan pemandunya maut.

Manakala, pemandu dari sebuah lagi kenderaan telah keluar dengan sendirinya sebelum ketibaan pihak bomba dan mengalami kecederaan. Mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Suri Seri Begawan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

​Ahli bomba segera bertindak memadam kebakaran menggunakan satu (1) hos reel dengan sumber air daripada tangki jentera WRL/39. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh tiga (3) minit.