gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN ELEKTRIK DI SIMPANG 160 JALAN PASIR BERAKAS

Bandar Seri Begawan, Isnin , 14 September 2026 pada Jam 1100 Malam – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menerima panggilan kecemasan kebakaran elektrik di Simpang 160 Jalan Pasir Berakas, Bandar Seri Begawan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengerahkan 3 buah jentera bersama 21 orang anggota dari Balai Bomba Lambak Kanan dan Balai Bomba Rimba yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Hj Wahab bin Wahid.

Setelah sampai di lokasi kejadian, didapati api sudahpun padam sebelum jentera Bomba hadir. didapati kebakaran telah padam sebelum ketibaan jentera Bomba. Rumah berkenaan merupakan rumah dua tingkat yang diperbuat daripada konkrit. Anggota Bomba dikerahkan untuk menjalankan pemeriksaan dan standby dengan membawa alat pemadam api jenis Dry Powder 2.5kg.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan serta tidak ada korban jiwa dilaporkan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menasihatkan orang ramai agar mengambil perhatian terhadap sebarang kerosakan pada peralatan elektrik serta memastikan pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan secara berkala bagi mengurangkan risiko litar pintas dan kebakaran