gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DI PRINT PLUS SENDIRIAN BERHAD

Bandar Seri Begawan, Khamis, 10 September 2026 – Seramai 80 orang pegawai dan kakitangan daripada Print Plus Sendirian Berhad telah menghadiri Taklimat Keselamatan Kebakaran yang diadakan di premis Print Plus Sendirian Berhad, Jalan Landasan Lama, Bandar Seri Begawan.

Taklimat tersebut turut disusuli dengan demonstrasi praktikal penggunaan alat pemadam api secara betul, selamat dan berkesan. Ini bertujuan mempersiapkan para peserta menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan kebakaran.

Program ini bukan sahaja memberikan ilmu, malah turut membina kesedaran, meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memupuk keyakinan diri untuk bertindak pantas ketika berdepan kecemasan. Pengetahuan mengenai keselamatan kebakaran merupakan langkah awal yang penting dalam melindungi nyawa, mencegah kemusnahan harta benda serta mengurangkan risiko kebakaran daripada menjadi lebih serius.

Keselamatan bukanlah sekadar tanggungjawab, tetapi merupakan budaya yang mesti dipupuk dan diamalkan pada setiap masa dan di mana jua berada.