KEBAKARAN HUTAN DI LEBUHRAYA HASSANAL BOLKIAH
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 4 September 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melaksanakan operasi memadam Kebakaran Hutan yang berlaku pada 4 September 2026 pada waktu pagi di kawasan Lebuhraya Hassanal Bolkiah.
Sebanyak tiga (3) buah jentera dari Balai Bomba Berakas dan Balai Bomba Unit Operasi Wanita, dengan keanggotaan seramai lima belas (15) orang, telah dikerahkan ke tempat kejadian. Operasi tersebut diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Tonny bin Tanda.
Setibanya di tempat kejadian, didapati api besar dan bertompok – tompok. Kawasan yang terjejas dianggarkan seluas empat (5) hektar di atas tanah kerajaan. Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan.
Pegawai Bomba hadir :-
Peguasa Bomba Pg Haji Ali Abd Rahman bin Pg Haji Halus Stesen Komander Balai Bomba Berakas dan Pegawai Balai Rosita binti Haji Aman Stesen Komander Balai Bomba Unit Operasi Wanita.
Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, terutama ketika keadaan cuaca panas dan kering, bagi mengurangkan risiko berlakunya kebakaran hutan.