gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PEGAWAI DAN KAKITANGAN PETROLEUM AUTHORITY DAN LITTLE CALIPHS SCHOOL DI IKHTIRAF FIRE MARSHAL

Bandar Seri Begawan, Khamis, 3 September 2026 – Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan dari Petroleum Authority dan Little Caliphs School mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 1 hingga 3 September 2026 bertempat di bilik syarahan Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Bilik Theater Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat, yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dengan adanya pendedahan mengenai kursus ini, ianya adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, koordinasi operasi kecemasan di antara agensi-agensi kerajaan dan swasta serta mengambil berat akan aspek kebakaran serta mengetahui tatacara untuk menyelamatkan mangsa semasa kebakaran di samping mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka yang berkaitan dengan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis masing-masing sentiasa dipantau dan terjaga.