gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DI PUSAT PEMBANGUNAN BELIA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Daerah Brunei Muara – Seramai 90 orang penuntut telah terlibat dalam taklimat keselamatan kebakaran yang dijalankan di Pusat Pembangunan Belia, Negara Brunei Darussalam pada 11 Julai 2026.

Matlamat taklimat ini diterapkan kepada para pelajar adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa tanggungjawab tentang aspek keselamatan kebakaran serta betapa pentingnya untuk mengetahui aspek – aspek keselamatan di mana jua berada.