TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DAN KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN ISTERI HAJJAH MERIAM SERASA MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Daerah Brunei Muara – Seramai 95 orang guru-guru dan penuntut telah terlibat dalam taklimat keselamatan kebakaran dan kerjaya yang dijalankan di Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam Serasa Muara, Negara Brunei Darussalam pada 6 Julai 2026.
Dengan adanya Taklimat Keselamatan Kebakaran ini akan dapat mengurangkan kadar kejadian akibat kebakaran kehilangan jiwa dan betapa pentingnya untuk mengetahui aspek – aspek keselamatan di mana jua berada.
Program Kerjaya ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas BGCE O’Level.