gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

23 PAIN DARAH BERJAYA DIKUMPUL DALAM KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT DI DAERAH TUTONG.

Tutong, Isnin, 29 Jun 2026 – Kempen Derma Darah anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Sempena Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke 66 Tahun, melalui Cawangan Operasi ā€˜E’ Daerah Tutong, telah berjaya mengumpulkan 23 pain darah dalam satu program kemasyarakatan yang diadakan di Pusat Pengasingan Antarabangsa (NIC).

Kempen tahunan ini bertujuan untuk membantu menambah bekalan darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menderma darah sebagai satu langkah yang mampu menyelamatkan nyawa. Tambahan lagi, aktiviti menderma darah turut memberi manfaat kesihatan kepada penderma.

Jabatan Bomba dan Penyelamat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital RIPAS, atas kerjasama padu dan dedikasi yang diberikan, serta kepada semua penderma yang telah turut serta menjayakan kempen di Daerah Tutong ini.