gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

ROYAL BRUNEI CULINARY (RBC) MENGIKUTI KURSUS LIFESAVER 995

Bandar Seri Begawan, Khamis, 18 Jun 2025 – Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi F telah mengendalikan Kursus Lifesaver 995 kepada Royal Brunei Culinary (RBC) seramai 24 orang yang diadakan di Bilik Taklimat Bangunan Teknikal Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat selama satu (1) hari.

Matlamat kursus ini diterapkan kepada para peserta adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa tanggungjawab tentang aspek keselamatan kebakaran serta selaku petindak awal dalam menangani kebakaran.