PANGGILAN MENCARI MANGSA DIBAHAM BUAYA DI KAWASAN KAMPUNG BARU SUNGAI BERA
BELAIT, Jumaat, 26 Jun 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Mencari Mangsa yang dipercayai Dibaham Buaya pada petang 24 Jun 2026 di kawasan Kampung Baru Sungai Bera.
Dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Seria dan seramai sembilan (9) orang anggota bomba diketuai oleh Pemangku Pegawai Balai Mohd Zulkifli bin Md Tahir telah dikerahkan ke tempat panggilan tersebut.
Apabila sampai di tempat panggilan penyiasatan telah dijalankan kepada keluarga mangsa mengatakan seorang mangsa lelaki telah dibaham buaya semasa memancing di kawasan sungai sungai tersebut.
Seterusnya Tactical Command Post (TCP) telah ditubuhkan dan anggota Bomba menjalankan operasi pencarian dengan mengkerahkan anggota dan aset Bomba termasuk penggunaan Drone.
Operasi pencarian sehingga kini melibatkan rondaan di air menggunakan bot bomba, di tebing sungai dan pemantauan udara menggunakan drone Jabatan secara berterusan. Operasi juga didokong oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) daripada Balai Polis Seria dan Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei (POLMAR PPDB) serta Bahagian Kehidupan Liar.
Operasi mencari diketuai oleh berkenaan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi, Penguasa Kanan Amirul Hadi bin Haji Junaidi.