gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PANGGILAN MENCARI MANGSA DIBAHAM BUAYA DI KAWASAN KAMPUNG BARU SUNGAI BERA

SERIA, Isnin, 29 Jun 2026 – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dipercayai dibaham buaya di Kampung Baru Sungai Bera memasuki hari keenam, dengan usaha pencarian masih giat diteruskan oleh agensi-agensi yang terlibat.

Operasi hari ini tertumpu kepada rondaan di perairan menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat, rondaan darat di sepanjang tebing sungai serta pemantauan udara menggunakan dron bagi memperluaskan kawasan pencarian. Sehingga hari ini, operasi pencarian telah meliputi kawasan sungai sejauh 2 kilometer dari lokasi kejadian, manakala pencarian di darat telah dijalankan dalam lingkungan 800 meter dari tempat kejadian. Operasi ini dilaksanakan dengan kerjasama erat daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan Bahagian Hidupan Liar.

Turut hadir meninjau operasi di lokasi kejadian ialah Pemerintah Cawangan Operasi B bagi memantau perkembangan operasi serta memberikan sokongan kepada anggota yang bertugas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat akan terus bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan dalam meneruskan operasi pencarian dan akan menyalurkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa.