GURU-GURU PUSAT TINGKATAN ENAM BELAIT DIIKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL
KUALA BELAIT, Khamis, 04 Jun 2026 – Seramai 15 orang guru daripada Pusat Tingkatan Enam Belait telahpun mengikuti Kursus Fire Marshal selama 03 hari bermula pada 02 hingga 04 Jun 2026 bertempat di Bangunan Sekolah tersebut dan Balai Bomba Kuala Belait yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi B.
Semasa kursus ini dijalankan, para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai:-
✅ Sebab dan punca berlakunya kebakaran.
✅ Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran dan membuat latihan pengosongan bangunan.
✅ Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap didalam bangunan.
✅ Tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul.