PEGAWAI DAN KAKITANGAN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA (RIPAS) DI IKHTIRAF FIRE MARSHAL
Bandar Seri Begawan, Khamis, 21 Mei 2026 – Seramai 34 orang pegawai dan kakitangan dari Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 19 hingga 21 Mei 2026 bertempat di Tingkat 4 WCC Hospital RIPAS dan Bilik Theater Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat, yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Dengan adanya pendedahan mengenai Kursus ini, ianya adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, koordinasi operasi kecemasan di antara agensi-agensi kerajaan serta mengambil berat akan aspek kebakaran serta mengetahui tatacara untuk menyelamatkan mangsa semasa kebakaran di samping mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka yang berkaitan dengan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis masing-masing sentiasa dipantau dan terjaga.