SEKOLAH RENDAH DATO PEMANCHA SAGING UKONG TUTONG, KLUSTER 5 MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN DAN LATIHAN KEBAKARAN BANGGUNAN (SEPADU)
Tutong, hari Khamis 14 Mei 2026, seramai 80 orang warga Sekolah Rendah Dato Pemancha Saging Ukong Tutong dan MPK kampong telah mengikuti Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Latihan Kebakaran Bangunan (Sepadu) yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘E’.
Semasa taklimat disampaikan, didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal :-
Sebab dan punca berlakunya kebakaran,
Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik,
Tatacara pengunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul
Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.