SC TUBULAR SOLUTION (B) Sdn.Bhd MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Mei, 2026 – Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Ibu Pejabat telah dijemput bagi menyampaikan Taklimat Keselamatan Kebakaran Kepada kakitangan dan pekerja SC Tubular solution (B) Sdn Bhd (SCTSB) dengan keramaian seramai 36 Orang.
Dalam sesi taklimat tersebut, Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Ibu Pejabat, telah menerangkan kepada para kakitangan dan Pekerja akan kepentingan menjaga keselamatan dan serta menjaga harta benda ketika berada di Tempat kerja.
Para kakitangan dan pekerja SCTSB juga diberikan pengetahuan akan keselamatan LPG, menerangkan tatacara penggunaan alat pemadam api dan selimut api yang disediakan oleh pihak penganjur bagi menangani kebakaran sebagai petindak awal serta teknik SDR (Stop, Drop and Roll) jika pakaian terbakar.