JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT (JBP) MENGHADIRI BENGKEL ROSENBAUER / BOUSTED
Berakas, 20 Mei 2026 (Rabu) — Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh Rosenbauer/Bousted bertempat di Mess Pegawai, Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat JBP. Bengkel ini dianjurkan bagi memperkenalkan produk dan peralatan terkini daripada Rosenbauer, termasuk industrial fire truck, personnel protective equipment (PPE) dan mobile firefighter component & tools, Pengenalan teknologi dan peralatan ini menyokong usaha berterusan JBP dalam meningkatkan kesiapsiagaan, keselamatan anggota dan keberkesanan Operasi.
Hadir semasa bengkel ialah Yang Mulia Penolong Pengarah Operasi, Haji Irwan Surkarki bin Haji Pawi. Turut serta adalah Pemangku Penolong Pengarah Teknikal, pegawai-pegawai kanan, anggota-anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
JBP menghargai peluang untuk berinteraksi dengan wakil Rosenbauer/Bousted dan akan meneroka penggunaan peralatan yang sesuai demi meningkatkan tahap keselamatan awam dan kecekapan operasi.