MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT KE-3 HINGGA KE-6 BAGI PERTANDINGAN LIFESAVER 995 COMMUNITY CHALLENGE DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA SYARIKAT-SYARIKAT PENAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KE-66 TAHUN 2026
Berakas, Sabtu, 09 Mei 2026 — Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang di tempat ke-3 hingga ke-6 bagi Pertandingan Lifesaver 995 Community Challenge serta Penyampaian Sijil Penghargaan kepada syarikat-syarikat penaja sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-66 Tahun 2026.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para peserta yang telah menunjukkan komitmen, kerjasama berpasukan serta semangat kesukarelawanan dalam menyertai pertandingan berkenaan. Pertandingan Lifesaver 995 Community Challenge adalah untuk menguji kecekapan peserta melalui lima cabaran tindakan kebombaan secara berpasukan dalam tempoh masa terpantas. Inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran komuniti sebagai first responder dalam menghadapi situasi kecemasan, selaras dengan usaha Jabatan meningkatkan kesiapsiagaan masyarakat terhadap insiden kebakaran dan kecemasan.
Selain itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada 14 buah syarikat penaja yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-66 Tahun 2026. Syarikat-syarikat penaja adalah:
Syarikat Ching Tian
AES Engineering Sdn Bhd
Kien Sing Tan Auto
TGT Sdn Bhd, PAR Corporation Sdn Bhd.
Coffee Bean & Tea Leaf
HSE Engineering Sdn Bhd
SynapseBN Sdn Bhd
Milimewah Department Store (Mid Valley Shopping Centre)
Hua Ho Department Store (Manggis Branch)
Hua Ho Department Store (Kiulap Branch)
Restoran Harini Catering Service Sdn Bhd
PFH Fire Protection Company Sdn Bhd
ZUS Coffee
Sumbangan dan tajaan daripada pihak syarikat-syarikat berkenaan amat dihargai dalam membantu melancarkan pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang sepanjang sambutan tersebut.