MAJLIS PENUTUP TADARUS DAN KHATAM AL-QUR’AN SETERUSNYA SUNGKAI BARAKAH SEMPENA BULAN RAMADAN 1447H / 2026M BAGI CAWANGAN OPERASI ‘F’
Tumasek, Isnin, 16 Mac 2026 – Cawangan Operasi ‘F’ mengadakan Majlis Penutup Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena Bulan Ramadan 1447H / 2026M bertempat di Surau Balai Bomba Tumasek.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan seterusnya bacaan Takhtim dipimpin oleh ABKS 769 Shaikh Tamamulqamar bin Shaikh Mahmud.Majlis tersebut dipengerusikan oleh Pemangku Penguasa Aliman bin Hj Salleh, Stesen Komander Balai Bomba Tumasek. Tetamu khas majlis ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Azmi bin Haji Hafneh.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Pengarah , Penolong Pengarah Operasi, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pemerintah Operasi , Pemangku Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘F’, Stesen-Stesen Komander dan Serta anggota Cawangan Operasi ‘F’.
Seterusnya Menikmati Jamuan Sungkai dan Solat Magrib Berjemaah Beramai-ramai.