gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN KENDERAAN DI KAWASAN KAMPUNG SUNGAI KEBUN.

Bandar Seri Begawan, Khamis, 26 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan insiden kebakaran kenderaan yang berlaku pada waktu pagi. Seramai tujuh (7) orang anggota yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Haji Othman Bin Mat Yussof dengan dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Sungai Kebun telah dikerahkan ke insiden tersebut.

Apabila sampai ditempat panggilan, didapati dua (2) buah kereta telah mendapat kebakaran. Kereta pertama mendapat kebakaran di keseluruhan bahagian enjin dan kereta ke-dua terbakar di sebahagian sebelah depan pintu pemandu, akibat tekena bahangan api.

Ahli Bomba bertindak dengan satu (1) pasukan memakai alat pernafasan dan memadam menggunakan 1 jet hos 64mm ke 38mm dan 1 hos reel, air diperolehi dari tangki jentera Bomba.

Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Tiada kecederaan dan korban jiwa yang berlaku.