gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN KENDERAAN DI KAMPUNG MUMONG

KUALA BELAIT, Ahad, 22 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan insiden Kebakaran Kenderaan yang berlaku pada sebelah tengahari. Seramai tujuh (7) orang anggota yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Mohd Helmi bin Abdullah dengan dua (2) buah jentera dari Balai Bomba Kuala Belait telah dikejarkan ke insiden tersebut.

Apabila sampai ditempat panggilan, didapati dua (2) buah kereta telah mendapat kebakaran keseluruhan di dalam sebuah garaj dan melibatkan sebuah kereta akibat bahangan dari kebakaran tersebut.

Ahli Bomba bertindak dengan satu (1) pasukan pemakai alat pernafasan dan memadam menggunakan 1 jet hos 64mm ke 38mm. Air diperolehi dari tangki jentera bomba. Api dapat dikawal dalam masa 4 minit dari merebak.

Punca kebakaran masih dalam penyiasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa yang berlaku.