gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

MAJLIS PERHIMPUNAN WANITA SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE-66 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

BERAKAS, Selasa, 03 Mac 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan Majlis Perhimpunan Wanita sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Kali Ke-66 yang berlangsung di Mess Pegawai, Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama, Berakas.

Majlis tersebut diteruskan dengan Ceramah Khas bertajuk “Memperkasa Wanita Melalui Kerjaya Berteraskan Islam” yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan khas, Yang Mulia Ustazah Siti Juhaida binti Haji Bujang. Ceramah ini menekankan peranan dan sumbangan wanita dalam kerjaya, khususnya dalam mengimbangi tuntutan profesional dan nilai-nilai Islam.

Hadir ke majlis berkenaan ialah keanggotaan wanita Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan dengan jumlah kehadiran seramai 90 orang.

Dengan adanya ceramah khas ini, diharapkan ia dapat memberi pendedahan, motivasi serta pengukuhan jati diri kepada warga wanita jabatan agar terus berdaya saing, berintegriti dan berperanan aktif dalam menyokong visi serta misi Jabatan Bomba dan Penyelamat.