gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KEBAKARAN BEREK DI LORONG 3 SELATAN SERIA

SERIA, Sabtu, 28 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Kebakaran Berek di Lorong 3 Selatan Seria yangmana kejadian berlaku pada waktu tengahmalam. Seramai 10 orang anggota dan tiga (3) buah jentera dari Balai Bomba Seria dan Balai Bomba Kuala Belait diketuai oleh Pmk. Pegawai Balai Md Zulkifli bin Mohd Tahir dan Ahli Bomba Kanan 390 Sainin bin Salim telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Apabila sampai di tempat panggilan, didapati api besar membakar sebuah berek dua (2) tingkat jenis konkrit dan beratapkan spandik yang melibatkan tiga (3) buah unit. Dua (2) pasukan pemakai alat pernafasan bertindak memadam menggunakan 3 jet hos dan air diperolehi daripada pili bomba yang berdekatan relay ke jentera bomba. Api dapat di kawal dalam masa 20 minit.

Punca api dan kerugian masih dalam penyiasatan. Tiada kecederaan dan korban jiwa berlaku semasa kejadian.