gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

KAKITANGAN STESEN BSM 59 DIIKTIRAFKAN SEBAGAI FIRE MARSHAL

TEMBURONG, 24 Februari 2026, Selasa– Seramai 11 orang kakitangan dari Stesen BSM 59 telahpun mengikuti Kursus Fire Marshal yang dijalankan selama tiga (03) hari bermula pada 09 hingga 11 Februari 2026 bertempat di Balai Bomba Bangar yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Operasi ‘G’.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi situasi kecemasan, memperkukuh koordinasi pelan kecemasan, dan memberikan penekanan terhadap aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja.

Sepanjang kursus dijalankan, para peserta didedahkan kepada tatacara menyelamatkan mangsa semasa kebakaran, di samping memahami peranan dan tanggungjawab sebagai Fire Marshal dalam memastikan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis sentiasa dalam keadaan baik serta dipantau secara berterusan.