gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

TAKLIMAT KESELAMATAN KEPADA PENJAJA-PENJAJA GERAI RAMADHAN DAERAH BELAIT BAGI TAHUN 1447H/2026M

KUALA BELAIT, Khamis, 12 Februari 2026 – Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi B telah dijemput bagi menyampaikan Taklimat Keselamatan Kebakaran Kepada Penjaja-Penjaja Gerai Ramadhan Daerah Belait bagi kawasan Kuala Belait dan Seria bersama agensi kerajaan terlibat yang dikendalikan oleh Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria bersama Syarikat Riza Fudhlana Management di Dewan Persidangan Kuala Belait.

Dalam sesi taklimat tersebut, bahagian ini telah menerangkan kepada para penjaja akan kepentingan menjaga keselamatan dan keselesaan para pengunjung serta menjaga harta benda ketika berada di gerai. Para penjaja juga diberikan pengetahuan akan keselamatan LPG, menerangkan tatacara penggunaan alat pemadam api dan selimut api yang disediakan oleh pihak penganjur bagi menangani kebakaran sebagai petindak awal serta teknik SDR (Stop, Drop and Roll) jika pakaian terbakar.

Bahagian Komunikasi Korporat yang hadir semasa taklimat tersebut adalah Pmk. Penolong Penguasa Sarkawi bin Bakar, Timbalan Pegawai Balai Nur Munirah binti Abdullah, ABK 246 Hussin bin Omar dan ABKW 222 Nurfarhana Syahirah Kah.

Agensi-agensi kerajaan Daerah Belait turut sama hadir adalah Authoriti Makanan Brunei Darussalam (BDFA), Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang dari Jabatan Buruh, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta Bahagian Penguatkuasaan dari Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria.