RESTORAN DNAKHODA MENGIKUTI KURSUS LIFESAVER 995
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Februari 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Bahagian Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat telah mengendalikan Kursus Lifesaver 995 kepada seramai 14 orang kakitangan Restoran Dnakhoda. Kursus selama satu (1) hari tersebut telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Matlamat kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran para peserta mengenai bahaya kebakaran, memupuk rasa tanggungjawab terhadap aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja serta melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas sebagai petindak awal dalam menangani insiden kebakaran sebelum ketibaan anggota bomba.