gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

PEGAWAI DAN KAKITANGAN RADISSON HOTEL DI IKHTIRAF FIRE MARSHAL

Bandar Seri Begawan, Khamis, 12 Februari 2026 – Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan dari Radisson Hotel mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 10 hingga 12 Februari 2026 bertempat di Radisson Hotel, Bandar yang dikendalikan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Cawangan Operasi ‘A’ Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dengan adanya pendedahan mengenai Kursus ini, ianya adalah bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan, kordinasi operasi kecemasan di antara agensi-agensi kerajaan serta mengambil berat akan aspek kebakaran serta mengetahui tatacara untuk menyelamatkan mangsa semasa kebakaran di samping mengetahui tugas dan tanggungjawab mereka yang berkaitan dengan sistem keselamatan kebakaran di bangunan atau premis masing-masing sentiasa dipantau dan terjaga.